HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI
Jawapan Ustaz Azhar Idrus :Jawabnya, HALAL.... Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, 'Yang ni awak bayar'. Hukumnya HARAM.
Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas
suami. Melainkan Isteri kata, 'Oleh kerana awak tak ada duit,
biar saya yang bayar'. Ini baru boleh.
Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan
menyuruh isteri bayar itu bayar ini. 'Yang ni awak bayar,
yang tu saya bayar'.
Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja
nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya
halalkan baru boleh.
Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini?
Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat
belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB
bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.
SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG
DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERI BELANJAKAN
DUIT TERSEBUT.
Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, 'Oooo... kalau
macam tu teruk la.
Mana boleh....' Jawapannya senang, kalau dah tahu tak
boleh, jangan kahwin!
No comments:
Post a Comment