Monday, 14 July 2014

BICARA NIK AZIZ TENTANG ZIONIST ISRAEL DAN YAHUDI.....BOIKOT ZIONIST ISRAEL

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak salah berurus niaga dengan bangsa Yahudi, tetapi haram berdagang dengan kerajaan Zionis Israel.
Dalam satu kenyataan media, beliau menegaskan perbezaan antara Yahudi sebagai bangsa dengan ideologi Zionis yang menubuhkan negara Israel dan menindas umat Islam di Palestin.
“Yahudi sebagai individu dan manusia tidak menggalas apa-apa beban kesalahan, hanya kerana dirinya berbangsa Yahudi. Malah Rasulullah SWT sendiri pernah berurusan dengan Yahudi”, kata Nik Aziz.
Beliau merujuk hadis sahih riwayat Imam Bukhari, yang mengatakan Baginda menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi bagi mendapatkan 30 sho’(ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.
“Jika ada yang menyatakan berurus niaga dengan Yahudi adalah haram, ternyata ia disebabkan kejahilannya tentang Islam,” kata Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau menjelaskan, apa yang menjadi kesalahan adalah urus niaga dengan kerajaan Zionis Israel, yang merampas tanah dan membunuh umat Islam Palestin.
“Urus niaga dengan Israel bererti mengiktiraf kewujudan mereka, dan itu merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan,” kata beliau yang mesra dengan panggilan Tok Guru.
Nik Aziz turut meluahkan rasa hairan dengan sesetengah pihak yang cuba menjadi juara menentang Israel, namun pada masa sama menjalinkan hubungan dagang dengan mereka.
Beliau merujuk jawapan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat minggu lepas, yang mengatakan Larangan Mutlak ke atas barangan dari Israel dibawah Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dipinda kepada Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada tahun 1994.
Sejak itu, barangan yang diimport dari Israel dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
20 Februari lalu, NGO Jingga 13 pula mendedahkan dokumen Jabatan Kastam, Westport menunjukkan kapal Zim Atlantic dan Zim USA, milik syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, yang berlabuh di Pelabuhan Klang datang terus dair Ashdod, Israel.
98 peratus saham syarikat yang berpengkalan di Haifa, Israel itu dimiliki kerajaan Zionis Israel. Sahamnya turut tersenarai di Bursa Tel Aviv.

Thursday, 10 July 2014

persediaan mengandung

assalamualaikum....

smg sihat sume deh dibawah lindungannNya. hari ni i sakit tekak ..dh 2mggu sebenarnye...
nk mengajar pn tak leh sbb suara tak kuar,huhuhu...sian student i..wat latihan je la dlm kelas...
tp bgs la diorang faham  :)

kat umah pulak...bb hazim kne chichen pox,sian bb.....akhirnye abih ketiga tiga boboi i kne chicken pox, bb hazim penutup tirai huhuhu, mula dgn haziq pastu uqail....uqail n haziq xde la tumbuh byk sgt, tp bb nih byk pulak nampak....sian mama tgk,..tp bb steady je, sengih sokmo... :) baguih bb mama nih..

adik ipar (izzati) pulok kne kencing tikus....anak die kne jangkitan kuman kt paru paru, sian...
smg cepat2 baik....insyaallah....

ari ni dh 13 ramadan, alhamdulillah dh nk tengah ramadan, syukur diberi peluang olehNya untuk bernafas di bumi ini...walaupun dh tinggal pose 3hari,hehehee....
rasenye x dpt blk kg kot sblm cuti raye...sbb cuti i dh nk abis...& nk book cuti untk g bandung pulok..insyaallah 16ogos ni pegi...ada sape2 nk kirim ape2 x??????hehehehehe ...
xsabonye nk g bandung....:):):)

ok...oppsss...lari tajuk nih, sbnrnye i plan nk ada bb lagi, nak bb girl pulak, dh ada 3 boboi...
tringinnye nk beli bju pink, headband bunga tuh, bju frozen, skirt bb yg kiut miut, bju bunga2 hehehe...
so, skrg i amalkan bcom shaklee sbb dlm tu dh ada acid folic,
acid folic untuk halang kecacatan pd janin...nauzubillah...
i juga amalkan esp untuk tenaga bln pose nih, n vitalea untuk cukup zat semua multivitamin n mineral ada dlmnya....


orait la....stakat ni dlu...blh pm i untuk barangan shaklee tau 0179398004 :)
 muahhhhh muahhhhh :)


Tuesday, 8 July 2014

HUKUM GUNA DUIT ISTERI~~~

TERTARIK DENGAN TOPIK NI DARIPADA UAI:

HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI
Jawapan Ustaz Azhar Idrus :Jawabnya, HALAL.... Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, 'Yang ni awak bayar'. Hukumnya HARAM.
Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas 
suami. Melainkan Isteri kata, 'Oleh kerana awak tak ada duit,
 biar saya yang bayar'. Ini baru boleh.
Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan 
menyuruh isteri bayar itu bayar ini. 'Yang ni awak bayar, 
yang tu saya bayar'.
Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja 
nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya
 halalkan baru boleh.
Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? 
Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat 
belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB
 bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.
SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG 
DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERI BELANJAKAN 
DUIT TERSEBUT.
Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, 'Oooo... kalau
 macam tu teruk la.

Mana boleh....' Jawapannya senang, kalau dah tahu tak
 boleh, jangan kahwin!

Monday, 7 July 2014

bb hazim 7 bulan~~

assalamualaikum...

alhamdulillah ari ni dh cukup 7 bln 8 hari bb mama nih...
7bln 5 hari dpt merangkak
x mengengsot... trus merangkak..lain dr abg abg nye uqail n haziq....
no.3 nih lain sket...:)
mgkin sbb full breastfeeding, mgkin sbb aku sediakan mknn sendiri untuknye(means x bg nestum/mknn segera bb yg dijual kt supermarket tuh)...
yg paling aku pasti...itu kehendak NYA...  :):):)

aku ada amik vit c, vit e, esp, b com, vitalea, alfalfa shaklee dan jugak produk forever iaitu nectar aloe vera n madu forever.... mgkin itu semua mmbantu aku untuk full breast feeding sampai skrg...insyaallah hrp2 sampai bb hazim 2thn la blh bf....aminnnnn..

sian kt uqail..3bln je dpt bf..
haziq 8bln je...  :( :(
sedih tp nk wat camna...semua tu dh berlalu...
skrg ni nk fokus mkn mnm n pelajrn diarg pulokkk...
insyaallah terbaik utuk diaorg...

skrg musim pose....penat lor...perah susu...mengajar...travel....blk rumah layan ank2 pulak...
fuhhhh 3 org boboi boyz aku...5thn 4thn n 7bln....yg tengah plg ganazzzzz..haziq...suka usik abg n adik.pastu kecoh la satu umhhhh....
dh la umh mcm kapal pecah huhuhuhu ... xlarat nk kemas umh....nk amik bibik x berkemampuan huhu....

k stakat ni dlu for today....

:):):)




Sunday, 11 May 2014

MADU LEBAH ORI DARI GURUN SONORAN

FLP adalah Penternak Lebah Terbesar Di dunia, diternak
dikawasan Gurun Sonoran ditempat yang kering dan
semulajadi tanpa pencemaran . Madunya terdiri daripada
3000—7000 Spesis bunga semulajadi dikawasan gurun .
Mempunyai 5 jenis paten untuk produk  pengeluaran  lebah. 
Lebah produk Forever adalah 100% semulajadi tanpa sebarang  bahan pengawet,
perisa tiruan dan pewarna tiruan. Madu bersifat sejuk, sesuai juga untuk kanak-kanak. Madu yg terbaik ,adalah kandungan air didalamnya kurang dari 17%. Forever Bee Honey terdapat 16 jenis asid amino, karbohidrat,vitamin,mineral dan enzim. Mengandungi 70 kalori setiap sudu.